Search This Blog

Friday, January 1, 2010

UMNO, Penang Free School ,apa hubungannya??




Satu isu yang baru-baru ini menjadi 'Hot' di kebanyakkan blog menarik perhatian semua terutamanya Sapinakoko. Sapinakoko rasa ini satu isu yang betul-betul menarik kerana :
Kaum Cina dan India mahu Bahasa Mandarin dan Tamil di masukkan sekali dengan bahasa Jawi!
Kaum Melayu menganggap Bahasa Jawi diancam!


Jadi Sapinakoko memasukkan isu ini dalam PFS X-FILE !

Isu ini hebat diperdebat dalam beberapa blog. Pada awalnya pemimpin parti pembangkang Lim Kit Siang mengulas mengenainya. (klik disini) .Pelbagai komen diberikan oleh rakyat umum, bekas pelajar dan para ibu-bapa. Sapinakoko juga bertemu dengan Peter(bukan nama sebenar) yang merupakan bekas pelajar PFS. Menurut beliau , surat dihantar sebanyak dua kali kepada pengetua PFS membantah tulisan Jawi  SAHAJA tetapi surat-surat beliau tidak diendah sama sekali!Sapinakoko juga difahamkan bahawa guru-guru  disekolah tersebut juga membantah tindakan 'racist' pengetua tetapi usaha mereka seperti 'mencurahkan air  ke atas daun keladi'                                                                                                                                                     
      Sapinakoko juga difahamkan mengenai  kemunculan kumpulan yang terdiri daripada professional juga bekas pelajar PFS yang dikenali sebagai PUTERA MIC Pulau Pinang menyeru pengetua PFS, En.Haji Ramli Bin Din(gambar dibawah) untuk menyertakan bahasa Mandarin dan Tamil sekali dengan bahasa Jawi yang sejajar dengan konsep 'Satu Malaysia'.        
                                                                                                                      






 PFS X-FILES BERMULA!! 
 

Sapinakoko mendapat maklumat dari seorang dari pejabat sekolah(nama dirahsiakan demi keselamatan) bahawa surat yang dihantar berjaya didapatkan oleh seorang yang berpengaruh politik!! Hasil siasatan PFS X-Files mendapati orang yang dimaksudkan merupakan seorang "Doktor"(klik disini) atau (klik disini)
Beliau telah menghebohkan isu ini sehingga menimbulkan ketidakpuasan dikalangan kaum Melayu. Sapinakoko juga sedar akan kebolehan beliau mengunakkan blog sebagai medium pencetus kemarahan kaum Melayu. Dalam blog beliau telah dengan cerdiknya mengunakkan ayat-ayat bermetafora yang mengambarkan seolah-olah kaum-kaum lain di Pulau Pinang adalah 'racist' dan tidak mahu bertolak-ansur dengan kaum Melayu!

Apa yang membuat Sapinakoko terkejut adalah, bagaimana Dr.Novandri Hasan Basri(nama beliau)mendapat surat tersebut walaupun beliau tidak dihantar salinannya. Lihat gambar dibawah! Untuk ke blog beliau yang melampirkan surat tersebut (klik disini)

 
  
 Kalau pembaca melihat gambar diatas(cetakan skrin yang diambil dari blog beliau), tiada langsung salinan dihantar kepada  En.'Pro-UMNO' tersebut.. Jadi persoalannya,bagaimana beliau mendapat salinan ini? Adakah ini kerja busuk antara orang-orang diatas atau pengetua PFS? Kalau pembaca melihat gambar diatas , dengan jelasnya ia terbukti bahawa surat ini difakskan kepada 'Naib Ketua Pemuda Bahagian Bukit Gelugor' tersebut..dan beliau juga merupakan orang pertama untuk membuat 'posting' di internet! Maka persoalannya,apakah hubungan antara PFS dengan Parti UMNO...? Siapa yang fakskan surat tersebut dari pejabat PFS? Siapa yang menjadi dulang dibelakang semua insiden ini? Bagaimana kerajaan boleh membenarkan politik menular dalam sekolah? Proses mempolitikkan sekolah ini masih tidak disedar oleh sesiapa?

Untuk pengetahuan pembaca, Sapinakoko mendapati En.Haji Ramli Bin Din merupakan ahli UMNO di bahagian Batu Maung , Pulau Pinang.Memang ada banyak bukti yang menunjukkan penglibatan dan kecenderungan pengetua PFS itu dalam politik. Maka beliau telah mengunakkan pengaruh politiknya dalam isu ini demi mempertahankan ideologi beliau dengan sokongan padu dari UMNO Pulau Pinang.

Sapinakoko juga menelefon Timbalan Pengerusi Putera MIC Pulau Pinang untuk mengetahui kesahihan maklumat yang diperolehi. Difahamkan bahawa Ketua Pemuda UMNO, EN.Norman Zahalan (klik disini) telah menelefon dan memberitahu bahawa beliau akan mempertahankan papan tanda tersebut dan dengan penuh egoistik menyatakan bahawa BELIAU AKAN MEMASTIKAN TIADA BAHASA LAIN DISERTAKAN sepertimana yang dipinta oleh PUTERA MIC Pulau Pinang.

Sapinakoko percaya orang-orang seperti ini mengunakan peluang sebegini untuk mempolitikkan isu-isu yang sebenarnya sangat mudah untuk diselesaikan!
Kalau UMNO tidak sudi berkongsi papan tanda,adakah pembaca sekalian rasa mereka akan rela berkongsi bumi ini yang dihuni oleh pelbagai kaum?Sikap beginilah yang dibenci oleh rakyat dan kerana sikap seperti inilah UMNO dikatakan sebagai parti yang rasis!
'Kerana setitik nila,rosak susu sebelanga'
Sapinakoko berasa UMNO tidak patut masuk campur dalam hal ni dan patut biarkan untuk pihak-pihak yang bertanggungjawab(pihak-pihak yang dihantar surat salinan SAHAJA) membuat keputusan..! Tolong jangan mempolitikan sekolah! Dan belajarlah untuk berkongsi..walaupun ia hanya papan tanda..! Kerana dengan memasukkan bahasa lain dalam papantanda tersebut ,bahasa Jawi tidak akan hilang nilai dan hormatnya tetapi sejajar dengan konsep 'Satu Malaysia'..
FIKIR-FIKIRKAN LAH !!!!





2 comments:

  1. sakit mata ke kalau tulisan jawi dipaparkan kat PFS?

    tak kot.

    rilek2 sudeyh.

    tulisan jawi adalah tulisan asal pembentukkan tanah melayu dan malaysia. malah, surat pengisytiharan kemerdekaan di tulis dalam tulisan jawi.

    dengar ini pembezaannya.

    tulisan adalah jawi, tapi bahasanya ialah bahasa malaysia. kan beza antara tulisan dan bahasa. kalau tulis dalam tulisan jawi, tak semestinya islam. tak semestinya melayu. ianya adalah tulisan.

    kalau bahasa cina dan bahasa india nak ditulis kat PFS, boleh. tiada masalah.


    tapi tulisan ditukar ke tulisan jawi.

    boleh? baru lah satu malaysia, satu tulisan.

    ReplyDelete
  2. haha..cakap lah logik sikit...bahasa cina ditulis dengan tulisannya sendiri dan bahasa india pun ditulis dengan tulisan india la..kenapa nak guna jawi..semata mata nak mempertahankan jawi..u memperbodohkan diri awak...aduh!

    ReplyDelete