Selepas penat berpusing, Sapinakoko membuat keputusan untul berehat sebentar di Penang Road yang amat terkenal dengan 'Cendol'nya....
Perjalanan dari Gurney ke Penang Road memang jauh tetapi hati mengidamkan Cendol ..nak buat cam mana?? =)
Dalam perjalanan ke 'tanjung' sambil mimpi cendol yang melelehkan liuh..
terkejut Sapinakoko melihat SESUATU
Seorang Polis Trafik menggunakan telefon bimbit beliau sambil memandu motosikal seberat 286KG(klik disini)!!.
Bukankah ini satu contoh yang buruk kepada rakyat umum? Mereka yang sepatutnya menjadi contoh berbuat demikian... Pengawalan motosikal tersebut dengan hanya sebelah tangan sama seperti 'menjemput malang datang ke rumah makan nasi briyani'...
Namun pihak yang selalu memberi saman tak tentu pasal, tidak sedar akan kesilapan ini...
TAK SAYANG NYAWA KE ENCIK?
Keasyikkan ber-sms dengan 'makwe' boleh membawa padah bukan sahaja kepada diri beliau tetapi kepada orang-orang sekitar beliau!
Saman dikeluarkan bagi tujuan untuk menyedarkan orang awam akan keselamatan...Saman membolehkan seseorang itu lebih berhati-hati sebelum membuat apa-apa tindakan yang melanggar undang-undang trafik!
Sapinakoko rasa , kesalahan tetap kesalahan walaupun dilakukan oleh sesiapa pun...! termasuk POLIS sendiri..
NAK SAMAN ke, NAK SETTLE??
Tak cukup dengan kesalahan pertama, En.Polis kita dengan selambanya mengambil jalan terowong yang tidak membenarkan motorsikal tetapi hanya untuk kenderaan pancuan empat roda!
Kesalahan demi kesalahan dilakukan... Apakah undang-undang hanya untuk orang awam? Polis tidak hirau akan keselamatan? Atau ilmu pengetahuan polis masih cetek? Siapa yang perlu dipersalahkan?
Fikir-fikirkan lah!
KESILAPAN HANYA BERLAKU SEKALI...
KESILAPAN YANG BERULANG.... DIPANGGIL KESALAHAN!


No comments:
Post a Comment