Search This Blog

Tuesday, December 22, 2009

PEMUDA MIC Pulau Pinang 'bodek' UMNO ???

Buka saja 'internet'..dah ada satu cerita hangat...yang Sapinakoko ingin berkongsi bersama semua...
"Pemuda MIC Pulau Pinang sokong UMNO ganti Tsu Koon"

semestinya ini menarik minat Sapinakoko...haha
Berikut diambil dari Malaysiakini... (klik disini) untuk berita yang luas atau  (klik disini) untuk berita yang lebih luas!


 
 Apa yang membuat Sapinakoko fikir adalah..
Kenapa Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, En. J.Dhinagaran(gambar diatas) perlu berbuat demikian?
Tidakkah tindakan beliau akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli Parti Gerakan?
Tidakkah ia boleh memperpecah belahkan sayap BN?
Adakah ia adil bagi Dr.Koh yang selama ini memimpin Pulau Pinang?
Kenapa En. J.Dhinagaran tidak memberi pendapat sedemikian bila BN masih menerajui P.Pinang?
Apakah kekalahan BN di Pulau Pinang hanya kerana Parti Gerakan?

Ketua Pemuda MIC P.Pinang berkata 'kebanyakkan mahu UMNO' ?
betul ke ni? Dimana buktinya? Kekalahan BN di Pulau Pinang adalah kerana kesilapan BN bukannya Parti Gerakan SAHAJA. Walaupun selepas Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Razak memberitahu bahawa 'Biarkan isu ini dan ia tidak perlu diungkitkan oleh mana-mana pihak' namun Pemuda MIC P.Pinang masih memperkecohkan isu ini demi untuk membodek UMNO atau UMNO mempergunakan MIC (klik disini) ?!

Menyentuh perkara yang diperkatakan oleh En.J.Dhinagaran iaitu 'SEKURANG-KURANGNYA jawatan Ketua Pemuda BN diberikan kepada UMNO' ingin Sapinakoko memberitahu kepada semua!

Bukankah ia berbunyi seperti mengemis? seperti terlalu terdesak untuk menjadi pemimpin ?
Apa yang En. J.Dhinagaran tawar menawar?
Ini berbunyi seperti mereka hanya mahu 'tempat' diberikan dalam pimpinan BN di Pulau Pinang.
Sepatutnya mereka perlu tegas dalam pendirian mereka,tetapi ini tidak!
KALAU TAK DAPAT JADI PENGERUSI TAK APA,JANJI ADA TEMPAT(KETUA PEMUDA)!
hahahaha..
FIKIR FIKIRKAN LAH!!!




No comments:

Post a Comment